aiyaiii...kerja aku kat Khind Mistral Sekinchan dah habis.sekarang duduk rumah tengok tv je.bosannya...lain la kalau gaji dah keluar,boleh la pergi shopping2, la ni nak buat apa pun xada..hm2..
Tuesday, December 29, 2009
suda abis keje
Posted by HarfeezZainee at 11:11:00 AM 0 comments
Thursday, December 24, 2009
siapa dia sebenarnya...
AYU..secantik namanya, begitulah indahnya paras rupanya, molek pekertinya, tinggi impiannya...kemesraannya membuat hati yang suram menjadi ceria, dari tangis kepada senyuman..dari senyuman kepada tawa...
Posted by HarfeezZainee at 2:27:00 AM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
18 perkara
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih
daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar
anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan
lain akan menjadi lebih penting apabila
usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang
anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa
yang ada atau tidurlah seberapa lama
yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya.
KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati
dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda
akan berasa seolah-olah diri anda
tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan
kehidupan ini.
KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat,
bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan
peribadi keluarga mereka.
KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan
berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan
pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.
KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.
KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi
kurang ajar.
KEEMPATBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua
tindakan anda
KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
hama merosakkan sebuah persahabatan yang
besar.
KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah
melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.
KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara
yang mereka dengar.
KELAPANBELAS.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
Posted by HarfeezZainee at 12:49:00 PM 0 comments
AKU, DIA dan ketentuan-NYA

Baru2 ni aku ada mengenali seseorang. Dia ISTIMEWA...dia banyak persamaan dengan aku.Cerita dia, gurauan dia, kemesraan dia, membuat hati yang tenggelam menjadi timbul, hati yang menangis menjadi ketawa, hati yang sunyi menjadi ceria...mengenalinya...adalah ketentuan-Nya...kuasa-Nya, ingin menunjukkan aku bahawa Dia Maha Penyayang...tiap kesakitan pasti ada penawarnya...untuk menunjukkan jalan menuju ke depan, memberi semangat untuk bangkit dari jatuh...
Posted by HarfeezZainee at 2:19:00 AM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
cantiknya seorang WANITA
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di atas sejadah
Posted by HarfeezZainee at 8:39:00 PM 0 comments
43 PERKARA RINGAN YANG MENYEKAT REZEKI
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan
yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara
tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun
oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan
perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Posted by HarfeezZainee at 8:34:00 PM 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
Pengumuman..
Hm..letih gak cuti2 ni...tapi buat masa ni memang bz xde mase sangat nak post pape kat blog....tapi macam ni pun, xada post baru pun, ada gak yang masih sudi nak jenguk...mekasih ye...tapi sahabat2ku sayang...minggu ni memang saya agak bz sampai jumaat insyaALLAH...jadi buat masa ni, andai sahabat2 jenguk blog saya, memang xada apa2 baru..jadi cadangan saya buat untuk minggu ni, dari tengok blog yang xada apa2 post or benda baru ni, try sahabat2 bukak youtube tengok 'satu kedatangan'....ni versi bhs malay tp smpai episod berapa je r,xbanyak.lepas2 tu untuk sambungan korang boleh bukak 'the arrival part?? (indonesian teks).korang tengok, korang akan dapat informasi yang tersembunyi yang kita xjangka...sunway piramid???suria klcc???korang akan mula berfikir lebih dalam dari tahap dalam yang kita ada sekarang...'the arrival' ade 51 part.tengok...pahamkan...andai korang rasa betul2 bermanfaat dan rasa betul, sampai2kan.saya tinggal lg 8part terakhir belum tengok sebab bz,tapi semua da download.huhu...saksikanlah...REALITI RAHSIA YANG DIBONGKAR
Posted by HarfeezZainee at 2:54:00 PM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
saya biziiiii
hm...lmenye xtulis blog..serius xde kesempatan.habis keje boleh la aktif2 balik.dah2, xtaw nak tulis pe sebenarnye nih.huhuuu
Posted by HarfeezZainee at 11:21:00 AM 0 comments
Saturday, November 28, 2009
ATAS NAMA CINTA-UNIC
Terpamit rasa menuju harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singgah perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Ternyata bukannya ku hadapinya
Andai bukannya menghukum mereka
Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redhaNya
Serahkah hati ini dengan cinta hakikiki
Sehingga kurasai nikmatNya syurgaNya cintaNya
Posted by HarfeezZainee at 1:01:00 PM 0 comments
Wednesday, November 25, 2009
Buat tatapan kaum ADAM dan HAWA
"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis
genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan
2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan
seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup
dengannya. abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama abang,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir
saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu
cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah
yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah
lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah
mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan
abang...
3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat
abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,
isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk
dijadikan
isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,
roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"
Posted by HarfeezZainee at 6:44:00 AM 0 comments


