BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 28, 2009

ATAS NAMA CINTA-UNIC

Tika mata di uji manisnya senyuman
Terpamit rasa menuju harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singgah perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Ternyata bukannya ku hadapinya
Andai bukannya menghukum mereka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redhaNya

Serahkah hati ini dengan cinta hakikiki
Sehingga kurasai nikmatNya syurgaNya cintaNya

Wednesday, November 25, 2009

Buat tatapan kaum ADAM dan HAWA

>>>aku ada baca 1 cerita yang menarik yang aku terbaca kat satu blog tazkirah.Terharu jugak la hati jantan aku nih..huhu.nanges??? eeeeh.tolong sikit.xmain laaaaa.Tapi cerita ni memang best.Try la baca.

"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.

Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga

dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju

ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,

mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian

beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si

kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,

membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga

hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang

bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis

genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya

benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan

2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah

apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang

ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin

Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai

solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti

kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar

menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan

seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh

hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,

boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah

buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia

yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah

isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang

ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang

disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah

cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah

sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman

daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup

dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa

dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama

membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak

membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia

merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana

Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga

oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid

Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia

tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama

dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian

menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu

adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman

Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan

tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia

cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung

Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan

Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis

tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk

bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.


Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir

saiz

dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.


abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima

kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu

cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah

yang

sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran

zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke

neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih

belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak

menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah

lagi

western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya

pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga

singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan

western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah

mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah

sayangkan

abang...

3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah

minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang

yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak

abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia

sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...


abang yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah

tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang

mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang

mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.


abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah

tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika

munajat

abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,

isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...


Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk

dijadikan

isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah

sayangkan abang.


Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..

tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,

roti canai..air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"

Tuesday, November 24, 2009

9 mimpi Rasulullah S.A.W

*mula2 baca ayat yang warna merah, then fikir dahsyat xdahsyat.pejam mata, fikir dalam2.Lepas tu cuba baca ayat yang kuning, susah xsusah nak amalkan???fikir ar, dengan buat ayat yang kuning, kita akan terlepas ayat yang pertama.renung2kan...

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

hati KECIL aku


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah...
saat hati ini dalam kegelapan lorong noda dunia
Kau berikan aku peluang melihat cahaya luar
aku bersyukur...
namun aku merasakan hati ini sunyi
sebagaimana sunyinya Adam tanpa sesiapa
lalu Kau ciptakan Hawa untuk menemaninya...
dan bagiku...adalah aku menenali'nya'...

Ya Allah...
Aku tak pernah bersua dengan'nya'...
aku tak pernah mendengar suara'nya'...
aku tak pernah menemui'nya'...
hanya tulisan dan persamaan yang merapatkan aku dengan'nya'...
namun...
aku tahu impian'nya'....
impian'nya...impianku...

Ya Allah...
hati ini selesa mengenali'nya'
hati ini gembira berbicara dengan'nya'
kenapa...
kenapa hati ini rindu
saat dia berjauhan, saat seketika aku tak berbicara dengan'nya'
kenapa dengan perasaan dalam hati ini...
Namun
janganlah Kau lebihkan rindu ini
melebihi rindu untuk aku mencari cinta-Mu

Ya Allah...
Andai dia tercatit untukku
rapatkanlah hatinya dengan hati ini...
andai dia tertakdir untukku
permudahkanlah kami berada dalam redha-Mu...
untuk berada dalam ikatan yang sah andai tiba saatnya

Ya Allah...
aku insan biasa yang tak terlepas dari kesilapan
namun aku tetap punya hati dan perasaan...
andai aku layak untuk'nya', satukanlah kami...
andai dia bukan untukku
kurniakanlah baginya insan yang terbaik...
perasaanku
biar ku sorok dari'nya'
biar ku sorok dari dunia
ia takkan pernah terlindung dari pengetahuan-Mu...
hanya pada-Mu aku mengadu
hanya pada-Mu ku serahkan segala ketentuan....
Amin..

STEVE IRWIN dan aku

Stephen Robert Irwin atau lebih glamournya dikenali sebagai 'Steve Irwin:The crocodile hunter'(22 februari 1962-4 september 2006) dan mati akibat tertusuk ekor pari.Kalau baca sejarah dia, dia ni seorang yang agak aktif zaman muda2 dia.Dia aktif dalam sukan footbal amerika dulu2, minat cricket dan jugak ragbi.So tengok badan dia la kan.Lagi satu, Steve Irwin ni belajar martial yang berstail gelut2 ni la iaitu Gaidojutsu.So, jangan la terkejut macam mana dia ni boleh bergelut dengan buaya.Siapa yang xkenal dan xtahu siapa dia laki mat salleh ni??Dia sangat2 famous.Aku ni boleh dikatakan fan dia gak la...kenapa???sebab cinta dia kat haiwan!semua haiwan dia nk pegang, semua haiwan dia sayang.ganas xganas, busuk xbusuk, bersih xbersih,besar xbesar, semua dia layan.Dia bukan Islam, tapi dia sayang haiwan.Bila aku tengok kat tempat aku ada yang sepak2 kucing, aku rasa bengang jek.kalau xsuke, halau macam tu da la, xpayah nak sepak2.kadang2 tengok orang yang sepak tu rasa macam dia pulak nak aku sepak.geram betul aku!
Dalam Islam kita disuruh sayang haiwan.banyak pahalanya...macam kisah seorang pelacur yang bagi anjing haus minum dan dia dihadiahkan syurga, dan juga sebaliknya yang mana kisah seorang perempuan dimasukkan dalam neraka sebab kurung kucing sampai kucing tu mati kelaparan.Tengok!cuba kita renung dan fikir...balasan yang kita buat pada haiwan ni besar taw...kalau kita buat baik, besar la balasan baik tu...kalau kita wat jahat, balasan buruk yang besar gak akan kita dapat.Pengalaman bengang aku dengan haiwan ni masa aku pergi bukit malawati pada satu hari tu.Masa tu aku beli cekodok pisang yang dicucuk dengan lidi,ada 3ketul secucuk dengan harga 40sen di sebuah kedai dikenali sebagai McD oleh orang setempat atau nama penuhnya,McDolah.huhu.Aku beli 5 cucuk.Baru lepas bayar, 4,5 langkah lepas tu, tiba2 pelastik bungkus sekodok aku ditarik.Punya terkejut aku.Hantu???bukan.jawapannya kera.dia bukan monyet,monyet yang hitam atas tu, ni kera@lotong yang perang2 tu.dia tarik semua xnak lepas.berebut aku ngan lotong to macam lawan tarik tali.Last2 aku bagi can dia menang(uhuk2).Dah dia dapat, boleh dia buat muka kerek macam muka nak mintak pelempang!paling aku tensen bila dia cabut seketul cekodok tu, pastu baling kat aku.perghhh!!tapi masa tu orang ramai, aku terpaksa sorok aura aku.mungkin ada hikmah.rupa2nya, anak dara cumil yang jaga kedai tu nampak lalu membelanja aku dengan kuih lain.hm2..mungkin itu hikmahnya.hahaa~Pengalaman sedih paling banyak.Bila haiwan2 yang aku bela mati sakit atau mati atas sesuatu perkara yang aku boleh nampak hayat terakhir dia...komfom air mata aku jatuh...ada yang sakit teruk xboleh gerak,air mata,air liur,hingus dia meleleh,taik dia keluar,aku xrasa jijik untuk pegang dan belai...aku menangis dan harap dia cepat pergi agar kurang penderitaan dia...ada kucing pendatang yang manja, tiba2 xlama lepas tu kena serang anjing liar 5,6 ekor,tercampak2 dia.aku ngan nenek halau anjing2 tu.tengok kucing tu sakit2, aku ngan nenek bawa kereta sorong.aku angkat dengan skoop dan masukkan dalam kereta sorong bawak balik.nak pegang da kena air liur anjing...nazak sangat da.aku renung dia,aku selimutkan dia dalam nafas yang tercungap2...aku menangis tengok dia dari petang tu sampai malam.esok pagi bangun,tengok,dia da mati.semua aku nak tanam, aku akan nangis masa korek kubur untuk diorang...aku xkan pernah lupa...banyak lagi kenangan aku dengan haiwan yang pernah aku bela...Ya Allah...aku ingin menemui mereka saat 1 hari aku berada dalam syurga-Mu...sayang dan cintaku pada mereka, hanya KAU yang lebih mengetahui...

em...aku tak tau nak cerita apa da..SAYANGI HAIWAN...tu je...

Monday, November 23, 2009

>>>aih,cerita lama ngarut sangat, so dah delete....yang ni lebih betul sikit...kot.....

Ada satu ketika, aku berlari mengejar bayang yang selama ini menemani aku...aku mengejar saat fajar terbit...hingga berganti rembulan...dan berganti kepada fajar yang menyinar silau kembali...aku kejar, kejar, dan terus mengejar...namun bayang itu semakin jauh meninggalkan aku...sehinggalah aku terjatuh dalam sebuah gaung yang dalam saat aku mengejar bayang itu...
Gaung itu dalam...berbatu sehingga aku kesakitan saat diri terhempas pada dasarnya yang tidak aku ketahui dalamnya...apa yang aku pasti, biarpun kala itu masih siang, di sekeliling aku kini tetap gelap gelita.Aku bangkit dalam lelah...aku berjalan, jatuh.Aku berjalan, jatuh..bagai si buta yang bergerak tanpa tongkatnya...
Malam menjelma...gelap...tanpa makanan...tanpa air...aku kelelahan dalam luka terhiris batu yang yang memerangkap aku tanpa belas.Aku melihat langit yang samar2 kerana kedalaman gaung itu sambil berbaring...aku melihat bintang yang berkelip2 indah memuji dan berzikir pada Pencipta Agung yang menciptanya...
Saat aku melayan perasaan sambil memikirkan ikhtiar untuk aku kembali ke dunia luar, tiba2 dari luar gaung ini, aku terdengar suara seorang wanita bagai mengetahui aku berada di dalamnya. Apabila aku memberikan isyarat bahawa aku terperangkap didalam ini.Dengan menggunakan tali, dia menurunkan beberapa barang untukku yang dubungkus dalam sebuah guni lusuh...Dia memberikan roti bagi aku mengalas perut agar aku bertenaga...dia berikan lilin dan mancis untuk aku tidak kegelapan...dia berikan iodin dan kapas untuk aku merawat luka terhiris...dia berikan tukul dan skoop andai ia boleh menjadi bahan berguna untuk aku...
Keesokan harinya, berbantukan lilin pemberiannya, aku berjalan di seluruh dinding gaung aku berada... aku terlihat satu rekahan pada sebahagian dinding.Aku terdengar ada tiupan angin...pastinya ada jalan disitu.Menggunakan skoop dan tukul yang diberinya, aku memcahkan batu, mengorek rekahan itu agar menjadi suattu lubang untuk aku bisa melaluinya.Rupa2nya, ia adalah sebuah terowong yang sangat panjang...namun apa yang pasti, ia akan membawa aku ke dunia luar yang bercahaya...
Sebelum aku melalui terowong itu, aku mengucapkan terima kasih padanya dan bertanya,"apabila aku sudah keluar nanti...bolehkah aku berjumpa dengan kamu...?"Dia diam sebentar...kemudian dia berkata,"Andai ada ketentuan-Nya...andai umur ini masih panjang...andai jasad ini masih bernafas...andai ada keizinan-Nya, pasti kita akan bertemu..."Kemudian dia berlalu dengan lafaz salam....
Aku terus menuju ke dunia luar yang bercahaya.Meneruskan langkah yang selama ini tertinggal dengan langkah baru.Dalam masa yang sama...aku akan terus menunggu saat sebagaimana dikatakan olehnya itu...tanpa jemu...pasti...

Wednesday, November 18, 2009

WAHAI BUMI aku BERPIJAK

Salam...rasanya lama dah tak update blog ni."Wahai Bumi"...kenapa eep?Sebenarnya semalam lepas maghrib salah seorang embah@saudara aku telah pergi meninggalkan alam dunia...dan dikebumikan pagi ni..Al-Fatihah untuk beliau...aku tak join tanam jenazah sebab masa tu dah ramai orang kampung ngan anak2 dia yang kebumikan...aku cuma tengok dan join tahlil dekat tanah perkuburan tu.


Lalu aku pegang tanah...aku berfikir...adakah bumi dimana aku berpijak ni akan terima aku sebaiknya...?adakah bumi yang menjadi saksi aku melangkah tiap hari dalam tiap perkara ni akan terima aku sebaiknya...?bumi dan segala ciptaan-Nya selalu berzikir dan memuji Pencipta Agung...aku???hm...aku dijadikan dari tanah, pada tanah jugak jasad aku kembali...kita jangan takut mati, jangan mintak mati, tetapi rindulah pada kematian kerana ia pintu untuk bertemu ALLAH yang Maha Agung.aku ingat ayat tu...aku takut mati bukan kerana aku takut mati eksiden atau dibunuh atau macam2 la...cuma aku takut...saat aku mati, adakah amalan aku mencukupi...semoga mati kita dalam keadaan Islam dan dalam keadaan beriman...amin~

Seorang ulama bernama Sahl bin Abdillah At-Tasatturi ada berkata;

”seseorang kamu tidak akan mengharapkan kepada kematian, melainkan tiga golongan, iaitu (1) orang yang tidak mengetahui apa yang akan berlaku selepas dari kematian, (2) orang yang lari dari qadar Allah, (3) orang yang terlalu rindu untuk berjumpa dengan Allah SWT[1]

Saat aku nak balik, keluar dari pagar tanah perkuburan tu, aku toleh balik...banyak nisan yang menunjukkan banyak jenazah yang mana 1 hari nanti aku akan jadi tetamu kawasan tu...esok?lusa?Wallahualam...aku tengok pulak mereka2 yang ada dekat kawasan tu, yang masih bernafas...ada yang tua, muda, kanak2...adakah kita sering mendoakan insan yang telah pergi??mereka pergi tanpa bantuan dan terlepas akan segala hubungan pada dunia kecuali 3perkara...1) Sedekah jariah. 2) Doa anak yang soleh 3) Ilmu bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain.

Ibni Omar yang berkata, bahawa beliau suatu hari bersama rasulullah SAW. Lalu datang seorang lelaki ansar kepada baginda SAW. Dia memberi salam kemudian bertanya;

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Maksudnya;
”Ya Rasulullah SAW, Siapakah orang mukmin yang paling afdhal? Nabi SAW menjawab : orang yang paling baik akhlaknya. Bertanya lagi; siapakah dikalangan mukmin yang paling cerdik? Nabi SAW menjawab : mereka yang paling banyak mengingati mati, dan melakukan sebaik-baik persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas daripada mati. Merekalah orang yang paling cerdik[4]

Friday, November 13, 2009

MALAM INI HUJAN

malam ni hujan dengan lebatnya...mata belum ngantuk.lagipun tadi aku sempat berborak dengan seorang kawan yang istimewa yang kena present esok.eh???istimewa???mungkin, sebab aku xpernah pun jumpa depan.Tapi dia memang istimewa.haip2!!haha.tapi sekarang dia da tido sebab nak present esok.Tiba2 rasa nak post apa2 kat sini.Jadi aku terbaca kata2 seorang sahabat iaitu IBRAHIM BIN ADHAM tentang 10 HAL YANG MEMBUATKAN DOA TAK TERKABUL.ha...penting, kn3.Semua orang mengharap dan memohon pada Dia yang Esa melalui doa, malah Allah berfirman, "berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenan bagimu.."(al-mukminun:60). So, kita cek dulu, kita dah buat yang sepatutnya ke belum.


Ibrahim bin Adham berkata,"Ada sepuluh hal yang membuat doa tidak termakbulkan :"
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kalian telah membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.
5. Kalian mengaku ingin masuk syurga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6. Kalian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri kepadanya.
7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
8. Kalian sibuk mengurus aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.
9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian tidak pernah mengambil pelajaran daripadanya.
10. Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya.

Jadi, apa yang kita dapat ni kita baca, fahamkan, amalkan dan sampaikan selagi mana ianya baik.

Monday, November 9, 2009

LAUK BUJANG 2

>>>huu..oleh kerana perut aku sekarang tengah lapar..aku letak pulak lauk bujang 2..Hari ni(kalau ada dekat rumah), aku nak masak...AYAM MASAK MERAH.Sebagai laki, kita pun kena tau masak.mana tahu nanti kahwin bini xsihat ke apa,xgitu??walaupun aku tau kita nih lebih malas dari rajinnya, jadi kadang2 lebih rela beli macam jin cerita aladin.Tunjuk jek, jadi lauk.Tunjuk ikan kari,pap!dapat lauk ikan kari.Sebut ikan sweet sour,pap!dapat ikan sweet sour,kan3.Cuma kalau la bini birthday ke, sekali sekala apa kata kita try masak untuk diiorang.Lantak simple mimple, janji kita da buat terbaik.sedap xsedap, bini mesti cakap sedap punya,kan3.kalau x,malam tu korang tido lua,nanti mesti dia datang cakap,"sedap la abang masak tadi..ayang gurau aje.."apa2 hal pun, try jek.huhu~

BAHAN2:
1) Ayam (400g)
2) Bawang merah (4 ulas)
3) Bawang besar (1 biji )
4) Halia (1cm)
5) Pes cili (4 sudu)
6) Sos cili (4 sudu)
7) Kacang pis (1 sudu )
8) Serbuk kunyit (secukup rasa)
9) Garam (secukup rasa)
10) Gula (secukup rasa)
11) Minyak untuk menggoreng (secukupnya)

Tumbuk bawang putih, serbuk kunyit, dan garam hingga lumat.

Gaulkan kepada ayam dan perap seketika.

Goreng ayam. Biarkan ayam garing.

Dalam kuali berlainan, tumis bawang putih (dicincang halus) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah.

Apabila bawang merah layu, masukkan halia (dimayang) dan kacau hingga naik bau.

Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Masukkan gula, garam, dan bawang besar yang dipotong bulat. Biar hingga bawang layu.

Masukkan sos cili. Kacau hingga pecah minyak.

Apabila ayam garing, masukkan ke dalam sos dan gaul sebati.

Masukan kacang pis. Gaul sedikit dan hidang.


>>haaa, simple mimple je kan.Apa kata kita cuba.Yang empunya blog ni pun..eh???aku???haah,hang la, sapa lagi.Jangan dok letak jek dalam ni, try sekali buat bila balik rumah.Ni balik2 meggi, burger..paling tinggi hang buat pun tom yam.Tapi, tom yam bujang pun, tgk mak abah senyum bila makan n cakap sedap(nak jaga hati kot+mak xmakan banyak sebab aku buat pedas...die ada gastrik),aku pun terbawak2 senyum tu kemana aku pergi hari tu.ekekeke.sedap xsedap,wallahualam.bagi yang masaknya,sedap aje.buat emak, nanti adik try belaja resepi yang xpedas eh,buat masa ni,semuanya pedas2.Tapi mak paling suka bila adik masak meggi ayam kan3!pedas pun, mak nak try jugak kalu adik yang masak.seronok tengok mak suka makan kita masak...huhu~

AKU, KELEBIHAN dan SENI

Sejak dulu zaman muda2 lagi, aku minat melukis. aku xblaja dengan siapa2, cuma minat yang buatkan aku cuba sendiri...Kenapa???kenapa aku dikurniakan kelebihan ini...dan siapalah aku untuk tak menghargai kurniaan Ilahi ni...

Aku teruskan perjuangan aku dengan seni.Bahkan dua ibu bapa aku menyokong aku sepenuhnya."Huh!!!ada apa dengan seni??macam mana dengan kerja???"aku naik mual dengar semua ni.xperasan lagi ke, kita sendiri hidup dalam seni...Al-Quran sendiri mempunyai keunikan ayatnya yang berseni yang xada tandingannya buat selamanya...tulisan jawi sendiri dan tulisan yang kita guna sekarang,berapa banyak jenis khat, font yang ada..kenderaan, handset, perabot, baju apa semua tu mana datang bentuk dan rekaan semua tu???kalau dunia tanpa seni,baju yang ada tu semua warna dan bentuk yang sama.tapi dengan kelebihan fesyen, baju yang kosong ditambah kolar, poket buatkan ia lebih menarik. grafik menambahkan lagi dengan corak2 menarik..banyak...semua tu seni...dan seni xkan pernah habis buat selamanya

Penulisan...alahai...ramai tau yang beli novel buat mengisi masa lapang.sajak dan puisi buat penenang hati.even membaca Al-Quran tu sendiri perlu berlagu...baiyati, nahwan, hijjaz...seni semua tu...malah penciptaan manusia ni pn berseni...kenapa lubang hidung kat bawah, kenapa telinga ada dua, mata ada dua, mulut ada satu, semua tu ada hikmah dan berseni...

Kelebihan kurniaan-Nya ini...biarlah aku jaga dan guna sebaiknya...gunakan pada tempat yang sepatutnya, untuk tujuan yang sepatutnya.Untuk aku teruskan perjuangan dalam seni atas kelebihan kurniaan-Nya...AKU TAK PERNAH MENYESAL.

BismillahirRahmanirRahim...

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu..

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah...
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu...

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan...
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu...

Ya Allah...
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan...
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

AMIN...

Hati...perasaan...xada siapa yang tahu.setiap perpisahan, setiap pertemuan, ada hikmahnya...semoga perasaan ini, tidak menjadikan aku insan yang lupa pada-Mu...bahkan menjadikan aku insan yang tertuntun mengharap redha dan keampunan-Mu...seandai dia jodohku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku...akan aku dambakan cinta kerana-Mu, dengan lafaz pernikahan yang mulia...jadi...itulah harapan aku...JIKA AKU JATUH HATI...segala ketentuan suatu pertemuan, suatu perkenalan, jodoh, aku serahkan pada-Mu...

Sunday, November 8, 2009

FIKIRLAH...

>>>assalamualaikum... benda aku post bawah ni dapat dari blog kawan aku,mail misnan. marilah kita sama2 berfikir dan renungkan... xcukup lagi ke nikmat kat dunia yang ALLAH dah bagi ni... dengan janji2 ALLAH yang tersembunyi... masih xterbuka lagi ke hati kita untuk menilai...fikirlah...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

kala malam

saat sunyi malam menemaniku
aku termenung sejenak
terfikir...memikir...dan berfikir...
lalu aku bertanya...

bertanya aku pada angin malam...
adakah hembus bisikan rinduku pada syahid kerana-Mu
melebihi rinduku pada senyum tawa dunia...

bertanya aku pada langit malam...
adakah cintaku untuk bersujud di sepertiga malam-Mu
melebihi cintaku pada nikmat tidur...

bertanya aku pada sang rembulan...
adakah kesetiaanku untuk membacakan kalimah2-Mu
melebihi kesetiaanku pada lafaz sia2 dunia...

bertanya aku pada hati sendiri...
adakah bisa aku menjejaki syurga suci-Mu
sedangkan aku hamba yang banyak terlekat kotoran2 dunia...

bertanya aku pada diri ini...
adakah bisa aku menghidu wangian kasturi negeri abadi-Mu
sedangkan aku insan yang banyak mengikut noda dunia...

siapalah aku pada-Mu...

berjanji aku pada sinar bulan...
biar saat gelapku...akan aku sinarkan ia dengan cahaya cinta-Mu pada hati ini tanpa jemu...biar ia bermula dengan kemalapan...biar ia bermula dengan titik kecil cahaya...

berjanji aku pada bintang...
biar saatku terjatuh dengan hati dan dunia...aku akan terus menggapai pada bintang malam satu persatu...sehingga aku bisa berdiri dengan cinta-Mu...biar ia bersulam seribu kepayahan...biar ia dihalang seribu godaan...

aku akan terus berusaha...biarpun aku...CUMA INSAN BIASA...

lauk bujang 1

Ari ni resepi kita yang pertama bagi mereka yang bujang eh,ialah...DAGING BLACK PAPER.ekekeke

mula2 beli perencah maggi black paper

pastu ikut instruction kat belakang tu

jangan letak garam atau ajinomoto sebab semua dah ada dalam tu

bila dah nak masak sepenuhnya,letak cili ikut pedas macam korang nak

then SIAP!!!!

hahaaa, simple mimple resepi bujang aku nih, tapi boley tahan apa rasa dia. xcaya try r.(sebenarnya xtahu nak tulis apa malam ni...huhu~)

Friday, November 6, 2009

xtau nak letak pe jadi tajuk besa.hahaha

>>>saya ambil dari mana tah xingat, tapi sempat copy..heheee


>>>sebenarnya rasa cinta itu tidak salah dan malah dibenarkan..
tapi cinta itu hanya akan muncul tatkala kita sdh menikah..
tapi bila cinta yang kita pikirkan datang pada saat sebelum menikah namanya kecenderungan hati..

Jika cinta kepada selain Allah, melebihi cinta pada Allah, merupakan salah satu penyebab do’a tak terijabah.

Bagaimana mungkin Allah mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menengadah kepada Allah di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin do’a seorang gadis ingin mendapatkan seorang laki-laki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin do’a seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan diri pribadi belum bisa menjadi contoh teladan

Sha, andai diizinkan saya memiliki hati awak sekali lagi, nescaya saya akan terus berusaha sehingga nikah kerana saya ingin mencintai awak dalam redha-Nya... cinta yang suci kerana sesama insan... saya akan terus berusaha untuk menjaga perasaan saya pada awak yang pernah terbina dulu dengan sebaiknya dan sebagai keikhlasan saya, itu yang akan saya buat. saya serahkan ketentuan kepada-Nya yang mengekalkan perasaan ini dalam hati saya. Dan saya akan sentiasa berdoa supaya awak jodoh saya sebagaimana dulu.. Tapi andai ditakdirkan awak bukan jodoh saya, saya akan tetap buat yang sama pada dia yang akan ditentukan untuk saya dengan sebaiknya. Kerana saya juga manusia yang impikan hubungan yang ikhlas dan ada dalam redha-Nya. maafkan saya selama ni saya memberikan awak cinta yang salah.maaf...he...macam mana pun bukan sha baca blog ni kan...bahkan awak xtahu pun saya buat blog ni..biarlah...anggaplah ini cuma impian, doa dan kata2 saya pada diri saya sendiri.lalala~

Thursday, November 5, 2009

KATA SAHABAT 1

"Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa.."(Saidina Ali bin Abi Talib)

Blogku=Luahanku

HATI...siapa yang lebih mengetahui segala niat yang terkandung dalam hati yang berada dalam setiap jasad manusia ini... siapa yang lebih tahu segala isi hati yang terdapat pada segumpal darah ini melainkan DIA yang menciptanya...
CINTA... hanya pencinta yang bisa merasakan perasaan cintanya... niat cintanya... adakah cintanya benar2 ikhlas kerana DIA yang Esa... adakah cintanya hanya bergerak mengikut arus nafsu yang ditiup syaitan dan dunia...
AKU... siapa aku yang memiliki hati dan merasakan cinta ini... siapa aku untuk tidak menghargai seorang insan yang membawa hati ini merindu untuk mencari cinta-Nya... siapa aku untuk tidak menghargai seorang insan yang seistimewa ini...siapa aku untuk tidak menghargai insan yang membawa harapan dalam keluarga aku ini...dia bukan isteri aku... tapi dia adalah seorang yang aku sering dambakan sebagai seorang isteri... dalam tiap kalimah tutur doaku... dalam tiap denyut nadi yang menjadi saksi harapan dan impian aku mendambakan dia sebagai seorang ISTERI...
ALLAHU AHAD...Tuhanku yang Maha Agung memberi aku peluang untuk aku menitiskan air mata dalam tiap sujudku yang selama ini aku lupakan... Tuhanku yang Maha Penyayang memberikan aku merasa nikmat untuk aku menitiskan air mata untuk-Nya dalam tiap kalimah lafaz doaku biarpun aku hanya hamba-Nya yang melupakan segala nikmat dan kewujudan-Nya...Tuhanku yang Maha Esa memberi aku ujian, supaya aku tunduk dan mengadu pada-Nya saatku bersedih...saatku gundah...saatku resah terhadap perasaanku pada insan istimewa hati ini...dan menundukkan aku dengan memanjatkan kesyukuran kepada-Nya saat aku merasa gembira...lantas Tuhanku menggembirakan aku dan menenangkan hati ini dengan cinta-Nya supaya aku terus bersabar dan jangan pernah berputus asa untuk berdoa kepada-Nya...Tuhanku yang mencipta perasaan yang menjadi impian aku ini mengekalkannya dalam segumpal darah ini untuk aku jaga dengan sebaiknya... mengingatkan aku untuk sering mencari cinta-Nya...inikah cinta suci pada insan yang selama ini tak pernah aku rasakan...inikah perasaan tulus terhadap insan yang selama ini terkubur dari hati hamba-Mu...alangkah nikmatnya.......cinta ini...janganlah Kau lebihkannya hingga aku terlupa pada tanggungjawab ku dalam mencari cinta-Mu... agar aku bisa merasa nikmat cinta pada insan dalam cinta-Mu ini...
MATIKU... dalam tiap solatku memberikan ikrar bahawa hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu... semoga matiku dalam Islam... dalam keimanan... dalam cinta dan redha-Mu...begitu juga keluargaku... jua sahabat2ku...
TULISANKU... aku manusia yang sering lupa... aku tenang meluahkan hati dalam penulisan... aku INSAN biasa...

Wednesday, November 4, 2009

doa kita

>>> aku baru dapat ayat ni~huhu...jadi aku akan semat dalam hati aku dalam tiap perkara yang akan aku lakukan...amin~

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu
maka DIA menyayangimu

Bila ALLAH lambat makbulkan doamu
maka DIA mahu mengujimu

Bila ALLAH tidak makbulkan doamu
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik terhadap ALLAH dalam apa jua keadaan pun

Kerana kasih sayang ALLAH itu
mendahului kemurkaan-Nya...

>>>jadi, jangan putus asa dan teruslah berdoa apa yang kita impikan. "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenan bagimu..."(al mukminun:60)

Tuesday, November 3, 2009

aku RINDU kamu



saat dirimu lena...aku merindu dirimu...
saat kau jaga...aku masih merindumu...
saat kau hampir dengan diri ini...aku masih juga merindu dirimu...
apatah lagi saat kau berjauhan dariku...
setiap detik yang berlalu...tiap apa yang berlaku...
hati ini sering merindu dirimu...
perasaan dalam hati lelaki ini hanya untukmu...
kaulah insan terakhir hati lelaki ini akan cinta, insyaAllah...
semoga cintaku padamu...rinduku padamu ini adalah kerana-Nya...
aku akan terus menjaga dirimu selagi mana diri ini bisa bernafas...
selagi mana diri ini masih teguh berpijak di bumi milik-Nya...

pertama kali hati mencintai dirimu..
hati lelaki ini telah menetapkan...
aku mencintaimu...bukanlah untuk sementara...
tapi adalah untuk selamanya....
aku menyayangi dirimu...bukanlah hanya untuk sebagai teman...
tapi adalah untuk menjadikan dikau teman hidupku yang sah...
aku setia untukmu...bukanlah kerana dikau pernah menjadi kekasihku...
tapi kerana dirimu yang memiliki hati ini...
kerana dirimu yang merubah diri ini...
kerana dikaulah insan yang akan terus aku sayang...
segala ketentuan aku serahkan segalanya pada Dia yang mencipta hati ini
pada Dia yang mengekalkan perasaan cinta pada dirimu dalam hati ini...
semoga perasaanku padamu dihalalkan-Nya...
semoga cinta ini menjadikan aku sering mengharap cinta-Nya...
semoga cintaku padamu...mendapat keampunan-Nya...
hanya Dia yang lebih mengetahui perasaan hati ini...

Monday, November 2, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.-Sebelum khatam Al Qur'an,
2.-Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3.-Sebelum para muslim meridai kamu,
4.-Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

>>>sahabat2, perkara kat atas ni lansung xsusah, lansung xberat, kan3. Jadi jom lah kita sama2 cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga tiap hari yang kita lalui akan mendapat keredhaan dan keampunannya.

Sunday, November 1, 2009

7sunnah Nabi

Salam sahabat2ku...

“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

sejoooooooooook

wah3!!lama tak tulis dalam blog ni rasa rindu la pulak.huhu..adeih~malam ni sejuk gila!!!!serius aku tak bisa melelapkan mata kerana sangat2 lah sejuknya...selimut???tadew...huhu~

sekarang dah pukul 4pagi tak boleh tido sebab sangat sejuk.jadi baik aku berjaga sampai pukul 5lebih terus solat subuh.. kang tido tak pasal2 lepas, kan ke naya tu. hasha~zarul rindu asha~lalala.hm...rindu aku, sayang aku kat dia cuma Allah yang tahu... perasaan yang ada ni pun datang dari Dia...andai dengan terus macam ni menjadikan aku sentiasa mengingati Dia... biarlah perasaan ni kekal ke akhir hayat aku.huhu.. untuk mencintai gadis seistimewa tu kerana Allah, aku sangat gembira.agagaga

lalala~tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni...salam