Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN TERIMA KASIH.
WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahim'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Friday, May 7, 2010
SURAH AL-IKHLAS
Posted by HarfeezZainee at 3:56:00 PM 0 comments
SIAPAKAH ORANG YANG....
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain..
Posted by HarfeezZainee at 3:50:00 PM 0 comments
Monday, March 8, 2010
PERMATA YANG DICARI
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Posted by HarfeezZainee at 1:18:00 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
siapa Dia... dan siapa diA
aku tak tau
kenapa
dan mengapa
bila aku pandang ke belakang
aku nampak Dia
Dia yang pernah bersama aku dulu
Dia yang aku tak letakkan harapan lagi
kerana ianya tersangat kabur
biar aku masih rindu Dia
yang masih ada dalam ingatan aku
biarpun sedikit
bila aku pandang ke depan
aku nampak diA
diA yang pernah buat aku bangkit
diA yang buat aku gembira dan lupa pada cerita lama
diA yang mempunyai persamaan dengan aku
yang aku pernah letak harapan
kerana impian diA, kemesraan diA
biar aku xpernah jumpa diA
tapi aku percaya apa aku rasa
biarpun harapan tu kabur
kerana diA istimewa
dan seorang yang setia
siapa Dia..dan siapa diA
Dia aku rindu
kerana PERNAH ada dalam hati aku
yang pernah aku impikan
diA aku rindu
kerana MASIH ada dalam hati aku
yang masih aku impikan
siapa Dia..dan siapa diA
hanya hati aku...dan DIA yang mengetahui segalanya...
Posted by HarfeezZainee at 5:37:00 AM 0 comments
Monday, February 22, 2010
22 FEBRUARI 2010
21 FEB 2010... hari ni hari lahir dia... tarikh lahir seseorang yang sangat istimewa... SELAMAT HARI LAHIR..SITI HASHA... aku tak tau nak cakap apa kat sini... dulu, bila tiba tarikh ni, aku mesti lambat nak wish dekat DIA... aku selalu terlupa... teruk betul... tapi aku tak tahu kenapa, sekarang aku sangat ingat semua tetang DIA...mungkin sebab aku rindu DIA??hek2.Wallahualam~
hadiah terakhir yang sempat aku beli sebelum kitorang putus taun lepas pun aku masih takut nak bagi... takut?? mungkin... mungkin jugak tu hadiah yang tersangat berharga antara aku dengan DIA.. masa aku beli hadiah tu.. semua perasaan aku, impian, rindu semua ada.. lepas beli, tiap malam tengok hadiah tu, senyum sorang2 macam dah mereng.huhu~ tapi xkesampaian pulak..mungkin 1 hari nanti aku bagi jugak... atau mungkin ia akan tetap dalam simpanan aku sebagai satu peninggalan dari aku untuk DIA... atau akan terus dalam simpanan aku sebagai tanda aku pernah mengenali DIA dan perasaan aku kat DIA.Wallahualam~huhu
walau apa pun... aku akan tetap doakan kegembiraan dia.. kesihatan dia.. kebahagiaan dia.. kejayaan dia.. saya akan sentiasa doakan kesejahteraan awak..dunia dan akhirat...jaga diri baik2... SHA~
# SELAMAT HARI LAHIR GAK BUAT, LIYANA BADARUDIN(22 FEB 2010)..esok pulak buat
MAT NAFI(23 FEB 2010)..huhu napi, kalau abang xwish kau esok or terlupa, jangan kau tak caya yang sebenarnya abang ingat gak n dah wish kat sini..semoga kalian juga sentiasa sihat dan gembira..semoga tahun yang baru bagi kalian ni lebih baik dari sebelumnya...
Posted by HarfeezZainee at 10:40:00 AM 0 comments
Labels: se
Tuesday, February 9, 2010
ANDAI KU TAHU-UNGU-
Posted by HarfeezZainee at 4:46:00 AM 0 comments
Posted by HarfeezZainee at 4:01:00 AM 0 comments
Sunday, February 7, 2010
TENGAHARI YANG MEMEKAKKAN~
Hari ni 7 feb 2010, dataran kolej aku ada orang tengah memekak pakai mic. Hari ni ada majlis penutup karnival sukan kolej..bendanya start pukul 3.30, diorang dah test2 mic dalam pukul 12 lebih, tapi la ni masih memekak kat tengah2 tu..bengong betul arrr. bukan apa, kalau dah ok tu, dah la.. nak training untuk jadi MC ke apa, wat sendiri2 dah la..ni ade bdk2 yang nak start mid term(termasuk aku) minggu depan ni ade yang dok hapal2, ade yang nak rehat2 jadi xleh..
Posted by HarfeezZainee at 2:07:00 PM 0 comments
PELANGI
Posted by HarfeezZainee at 5:00:00 AM 0 comments
Friday, January 29, 2010
INJURED OH INJURED
pergh!!! bila cek2 balik, serius lama gila x bukak blog sendiri apatah lagi blog orang lain. ahahaa~ lagi 2minggu balik kampung, yeeeha!!9 feb 2010 sampai laaaa 20 feb 2010( buat gaya macam dia pulak lebih2 nak sambut chinese new year).. huhu. tapi sebenarnya balik sebab nanti cuti sem 2 bulan tu xbalik...lalala~
Posted by HarfeezZainee at 2:13:00 AM 0 comments
Wednesday, January 20, 2010
AKU TERSENYUM...
selamat malam...
AYU...
Posted by HarfeezZainee at 4:09:00 AM 0 comments
Tuesday, January 12, 2010
KECANTIKAN LELAKI dan KEGAGAHAN WANITA
KECANTIKAN LELAKI
Posted by HarfeezZainee at 6:52:00 AM 0 comments
Sunday, January 10, 2010
entah+tak tahu
Posted by HarfeezZainee at 3:53:00 AM 0 comments
Friday, January 1, 2010
selamat datang 2010
1st januari 2010..hm2,sampai dah tahun baru..sekejap jek masa yang ada berlalu kn3.tup!tap!dah masuk tahun baru.semoga tahun sebelum ni adalah lebih baik dari tahun sebelumnya..dan semoga tahun 2010 ni membuat kita sama2 lebih baik dari tahun lepas.masuk tahun baru, masuk lah sem baru, awal persekolahan bagi budak2 sekolah. mesti masing2 banyak songeh xnak pergi sekolah, yang masuk tabika, darjah satu nanti semua mak duduk teman luar kelas xnak kene tinggal. yang tingkatan 1 yang kene sekolah asrama semua dok nangis la nanti.yang ni memang biasa la tiap awal tahun. dan 1 lagi yang biasa.... anak2 muda yang berpesta or sambut tahun baru dengan buat perkara bukan2...harap tahun ni xada la...bumi dah tua, xlama dah, hope jangan la buat yang bukan2 lagi...
Posted by HarfeezZainee at 10:20:00 AM 0 comments