BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

INJURED OH INJURED

pergh!!! bila cek2 balik, serius lama gila x bukak blog sendiri apatah lagi blog orang lain. ahahaa~ lagi 2minggu balik kampung, yeeeha!!9 feb 2010 sampai laaaa 20 feb 2010( buat gaya macam dia pulak lebih2 nak sambut chinese new year).. huhu. tapi sebenarnya balik sebab nanti cuti sem 2 bulan tu xbalik...lalala~



hm... anyway sekarang ni siku kanan tengah injured sikit, nak gerak lebih2 tu terasa gak la sikit sakitnya... tapi sabtu ni ada lawan ping pong interkolej untuk pilih wakil kolej pulak... hm2...hope dapat main betul2... yang lagi best bila dengar tahun ni UNIMAS nak hantar wakil 5 orang untuk MASUM bagi sukan ping pong~lalalaaaa~hope terpilih la nanti...huhuuudah.. dua tahun aku tunggu, akhirnya UNIMAS nak hantar tahun nih.. neves+hepi=)


cuma risau siku ni sikit...hope xde apa2 la...lagipun sikit je ni...(amin)...selagi ada peluang, selagi ada jalan untuk aku melangkah...selagi mana aku rasa berbaloi untuk aku teruskan...regret??nope...just buat yang terbaik...then tawakkal...dalam langkah hala tuju apa pun...dalam perhubungan, dalam kehidupan, dalam apa benda sekalipun...buat yang terbaik...if dah ditakdirkan dia bukan milik kita, apa yang kita target bukan milik kita, jangan menyesal sebab kita da buat yang terbaik...semua ada hikmah~caiyuk2!!!

Wednesday, January 20, 2010

AKU TERSENYUM...

Bila aku termenung
adakalanya kesunyian suasana
menjadikan fikiran ligat berputar
menjengah dunia imaginasi
yang membuahkan impian dalam hati
membuat aku tersenyum

ingin aku lihat kamu
dalam pakaian indah bersulam
saat aku melafazkan lafas suci pernikahan
sebagai tanda keikhlasan hati
hingga saat kau salam mencium tanganku
kau tersenyum...
membuat aku tersenyum

ingin aku
lihat kau termenung kebosanan
lalu aku pasangkan irama perlahan
ku sambut tanganmu
membawa kau berdiri merapati aku
seiringan menari bersama berdua
menatap matamu dengan kasih sayang
kau tersenyum...
membuat aku tersenyum

ingin aku
disaat hari lahirmu
aku persiapkan untukmu kek
aku persiapkan untukmu makanan2 kegemaranmu
dalam samar cahaya lilin
aku hadiahkan untukmu jambangan mawar
kau tersenyum...
membuat aku tersenyum

selamat malam...
AYU...

Tuesday, January 12, 2010

KECANTIKAN LELAKI dan KEGAGAHAN WANITA

KECANTIKAN LELAKI


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi kepada murni rohani...
lelaki yang cantik...

adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran

adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

adalah lelaki yang tenang dan lapang dada

adalah lelaki yang baik sangka

dan... kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati...

Seluruh kecantikan yang ada pada MUHAMMAD yang Ummiy...

adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki~

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan...
perempuan yang gagah...

adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

adalah perempuan yang tidak meminta-minta gara dipenuhi segala keinginan

dan...adalah perempuan yang berdiri di atas teguh Imam

seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang Ehsan...

adalah kegagahan sempurna bagi seoramg wanita~

Sunday, January 10, 2010

entah+tak tahu

Bila aku melangkah...
dalam hati yang diam
dalam hati yang senyap membisu
kenapa....
kenapa aku rasa rindu pada dia...
kenapa aku rindu AYU...

bila aku hampir terlena...
dalam pejam mata
dalam gelap tanpa cahaya
kenapa...
kenapa aku sering teringat dia...
kenapa aku teringat AYU...

Wahai Kekasih ALLAH...
saat akhir hayatmu...
Kau pinta kami untuk menghormati wanita...
Kau pinta kami untuk menjaga wanita...
andai aku menyayangi dia...
untuk sentiasa melihat dia tersenyum...
adakah aku salah...?
untuk aku letakkan harapan
yang aku impikan dia sebagai isteri yang sah...
adakah aku salah...?
andai aku merindu dia
lebih dari insan lain.....
adakah aku salah............

Wahai TUHAN yang mengurniakan perasaan ini..
perasaan RINDU
perasaan SAYANG padanya...
jangan KAU lebihkannya dalam hati ini...
lebih dari aku mengharapkan cinta agung-Mu...
semoga apa aku rasa ini...
sentiasa berada pada batasnya...
sentiasa membawa aku pada jalan mengingati-Mu...

Friday, January 1, 2010

selamat datang 2010

1st januari 2010..hm2,sampai dah tahun baru..sekejap jek masa yang ada berlalu kn3.tup!tap!dah masuk tahun baru.semoga tahun sebelum ni adalah lebih baik dari tahun sebelumnya..dan semoga tahun 2010 ni membuat kita sama2 lebih baik dari tahun lepas.masuk tahun baru, masuk lah sem baru, awal persekolahan bagi budak2 sekolah. mesti masing2 banyak songeh xnak pergi sekolah, yang masuk tabika, darjah satu nanti semua mak duduk teman luar kelas xnak kene tinggal. yang tingkatan 1 yang kene sekolah asrama semua dok nangis la nanti.yang ni memang biasa la tiap awal tahun. dan 1 lagi yang biasa.... anak2 muda yang berpesta or sambut tahun baru dengan buat perkara bukan2...harap tahun ni xada la...bumi dah tua, xlama dah, hope jangan la buat yang bukan2 lagi...


seriosly biasa hari2 yang macam ni la banyak problemnya..kes tu lah, kes ni lah, eksiden la, macam2. ni yang duduk berjaga pergi keluar tenguk mercun la ke apa tu kang tah balik pukul berapa tah. tidurnya pun tah pukul berapa...harap ingat2 la nak bangun solat subuh..dari keluar tenguk mercun sampai xsolat subuh, kena qada', baik duduk rumah je. ah!!anak buah aku balik, apa hadiah nak bagi ni...1st jan= besdei dia.huhuuu~hm2..da masuk 3taun da.waaaaah~=)

semoga tahun baru ni buat kita semua lebih baik, lebih bersungguh2, lebih ingat kepada-Nya sebab makin masuk tahun baru tu maksudnya makin dekat kita dengan kiamat...dan masuk tahun baru dalam keadaan bernafas tandanya ALLAH masih bagi kita peluang untuk buat sebanyak mungkin kebaikan.xpayah yang susah2...biar senang asal istiqamah..sedekah ke, baca quran ke, kat rumah pun boleh buat,kn3.

lama tak tulis kat blog buat jadi xtahu nak menulis2 dah...alamak...lusa dah ahad@ hari aku flight balik UNIMAS. member ada yang bising2 da xdapat kolej, hohoho. tapi insyaALLAH sem depan ni akan buat aku lebih gembira dan bersemangat.amin~

Tuesday, December 29, 2009

suda abis keje

aiyaiii...kerja aku kat Khind Mistral Sekinchan dah habis.sekarang duduk rumah tengok tv je.bosannya...lain la kalau gaji dah keluar,boleh la pergi shopping2, la ni nak buat apa pun xada..hm2..

Ahad bersamaan 3januari 2010 aku dah balik UNIMAS...huhu.macam mana pun, THE ARRIVAL aku dah khatam tengok.ada sorang budak ni poyos2 kata nak copy, tah berita apa pun xada,kan HANAFI kan.haaaaa,nanti hang bukak blog ni hang baca balik.la ni balik bukan nak roger.nak pergi mancing xada member pulak, nampaknya memang busan la minggu ni...tunggu hari khamis la baru leh senyum2 balik sebab tu hari gaji masuk.hahaaaa.lagi 1 hope anak buah aku yang cumei tu balik la sambut besdei die kat sini.
Alahai..makin lama makin tak tahu nak tulis apa, so baik aku sambung layan novel RAMLEE AWANG MURSHID yang terbaru(9 Nyawa).hohoooooo.

Thursday, December 24, 2009

siapa dia sebenarnya...

AYU..secantik namanya, begitulah indahnya paras rupanya, molek pekertinya, tinggi impiannya...kemesraannya membuat hati yang suram menjadi ceria, dari tangis kepada senyuman..dari senyuman kepada tawa...


andai dikata sejujurnya, aku merindunya...andai dikata sejujurnya, aku menyayanginya...andai dikata sejujurnya,aku menginginkannya...memiliki kemesraannya, gurauannya, senyum tawanya, impiannya...mungkin kerana dia bisa membuat ati aku ceria...mungkin kerana dia membuat hati aku selesa dengannya...tapi aku masih menyedari kedudukan aku...

andai dia bukan jodoh aku, aku xsedih bahkan aku gembira untuk melihat dia gembira.andai dia jodoh aku, aku pasi akan berusaha sebaiknya untuk memberikan kegembiraan buatnya..

eeeh...kenapa aku ni...hm...

Tuesday, December 22, 2009

18 perkara

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih
daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar
anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan
lain akan menjadi lebih penting apabila
usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang
anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa
yang ada atau tidurlah seberapa lama
yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya.

KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati
dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda
akan berasa seolah-olah diri anda
tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan
kehidupan ini.

KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat,
bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan
peribadi keluarga mereka.

KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan
berfikirlah dengan pantas.

KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan
pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.

KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi
kurang ajar.

KEEMPATBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua
tindakan anda



KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
hama merosakkan sebuah persahabatan yang
besar.

KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah
melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.

KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara
yang mereka dengar.

KELAPANBELAS.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

AKU, DIA dan ketentuan-NYA


Baru2 ni aku ada mengenali seseorang. Dia ISTIMEWA...dia banyak persamaan dengan aku.Cerita dia, gurauan dia, kemesraan dia, membuat hati yang tenggelam menjadi timbul, hati yang menangis menjadi ketawa, hati yang sunyi menjadi ceria...mengenalinya...adalah ketentuan-Nya...kuasa-Nya, ingin menunjukkan aku bahawa Dia Maha Penyayang...tiap kesakitan pasti ada penawarnya...untuk menunjukkan jalan menuju ke depan, memberi semangat untuk bangkit dari jatuh...

Dia bukan milik aku... mungkin... apa yang pasti, kegembiraannya adalah kegembiraanku... kebahagiaannya adalah kebahagiaanku... mungkin juga aku akan bisa menemui insan lain yang memiliki wajah sepertinya, mungkin juga yang memiliki kegemaran sebagaimana dirinya, mungkin memiliki impian yang sama sepertinya..tapi biar siapa pun, dia xkan sama segalanya dengan dia.dia tetap dia, xada yang sama sepertinya...
Semoga doa dan harapanku mengiringi tiap langkahnya... semoga dalam tiap langkahnya dipenuhi perlindungan, dipenuhi kegembiraan, dipenuhi kebahagiaan, dipenuhi harapan..aku rindu dia..selamat malam buat kau yang memiliki dua huruf indah...I.U...
>>>mengenali dirinya bagai bait2 baris kata dalam lagu amani yang AMAR nyanyi.hm2...

Tuesday, December 15, 2009

cantiknya seorang WANITA

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di atas sejadah