>>>aku ada baca 1 cerita yang menarik yang aku terbaca kat satu blog tazkirah.Terharu jugak la hati jantan aku nih..huhu.nanges??? eeeeh.tolong sikit.xmain laaaaa.Tapi cerita ni memang best.Try la baca.
"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis
genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan
2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan
seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup
dengannya. abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama abang,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir
saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha PemurahLagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yangtercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yangAliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana abang membawakan Aliyahseorang calon madu yang begitucantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaianAliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyahyangsudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaranzaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.Aliyah tak sanggup abang diheret keneraka kerana menanggung dosa.Sedangkan dosa abang sendiri pun, masihbelum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi abang nakmenggalas dosa orang lain. Aliyahsayangkan abang...2. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak, apatahlagiwestern food. Tapi, Aliyah sayangkanabang. Aliyah tahu selera abang hanyapada lauk pauk kampung. Tapi taktahulah pula Aliyah kalau-kalau seleraabang sudah berubah. Tapi, Aliyahmasih ingat lagi, masa kita sekeluargasinggah di sebuah restoran westernfood, abang muntahkan semua makananwestern food tu. Lagi satu, anak-anakkita semuanya ikut selera ayahmereka. kasihan nanti, tak makan lahpula anak-anak kita. Aliyahsayangkanabang...3. aliyah ada mengajak dia solatberjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyahminta dia jadi Imam. Yelah, nanti diaakan menjadi ibu pada zuriat abangyang lahir, jadinya Aliyah harapkandia mampu untuk mengajar anak-anakabang nanti untuk menjadi imam danimamah yang beriman. Tapi, kalau diasendiri pun kelam kabut memakaitelekung... Aliyah sayangkan abang...abang yang disayangi,cukuplah rasanya penilaian Aliyah.Kalau diungkap satu persatu, Aliyahtak terdaya. abang lebih memahaminya.Ini penilaian selama 1 hari, abangmungkin dapat membuat penilaian yangjauh lebih baik memandangkan abangmengenalinya lebih dari Aliyahmengenalinya.abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borangkeizinan berpoligami. Telah siap Aliyahtandatangan. Juga sekeping tiketpenerbangan MAS ke Sarawak.Jikamunajatabang di Masjid Putra mengiayakantindakan abang ini, ambillah borangini,isi dan pergilah kepada Qistina. Ohya, lupa nak cakap, Qistina telahberada di sawarak. Menungguabang...Aliyah sayangkan abang...Tetapi jika abang merasakan Qistinamasih belum cukup hebat untukdijadikanisteri abang, pergilah cari wanitayang setanding dengan Aliyah... Aliyahsayangkan abang.Tetapi, jika abang merasakan Aliyahadalah isteri yang hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,roti canai..air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"