BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

LAUK BUJANG 2

>>>huu..oleh kerana perut aku sekarang tengah lapar..aku letak pulak lauk bujang 2..Hari ni(kalau ada dekat rumah), aku nak masak...AYAM MASAK MERAH.Sebagai laki, kita pun kena tau masak.mana tahu nanti kahwin bini xsihat ke apa,xgitu??walaupun aku tau kita nih lebih malas dari rajinnya, jadi kadang2 lebih rela beli macam jin cerita aladin.Tunjuk jek, jadi lauk.Tunjuk ikan kari,pap!dapat lauk ikan kari.Sebut ikan sweet sour,pap!dapat ikan sweet sour,kan3.Cuma kalau la bini birthday ke, sekali sekala apa kata kita try masak untuk diiorang.Lantak simple mimple, janji kita da buat terbaik.sedap xsedap, bini mesti cakap sedap punya,kan3.kalau x,malam tu korang tido lua,nanti mesti dia datang cakap,"sedap la abang masak tadi..ayang gurau aje.."apa2 hal pun, try jek.huhu~

BAHAN2:
1) Ayam (400g)
2) Bawang merah (4 ulas)
3) Bawang besar (1 biji )
4) Halia (1cm)
5) Pes cili (4 sudu)
6) Sos cili (4 sudu)
7) Kacang pis (1 sudu )
8) Serbuk kunyit (secukup rasa)
9) Garam (secukup rasa)
10) Gula (secukup rasa)
11) Minyak untuk menggoreng (secukupnya)

Tumbuk bawang putih, serbuk kunyit, dan garam hingga lumat.

Gaulkan kepada ayam dan perap seketika.

Goreng ayam. Biarkan ayam garing.

Dalam kuali berlainan, tumis bawang putih (dicincang halus) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah.

Apabila bawang merah layu, masukkan halia (dimayang) dan kacau hingga naik bau.

Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Masukkan gula, garam, dan bawang besar yang dipotong bulat. Biar hingga bawang layu.

Masukkan sos cili. Kacau hingga pecah minyak.

Apabila ayam garing, masukkan ke dalam sos dan gaul sebati.

Masukan kacang pis. Gaul sedikit dan hidang.


>>haaa, simple mimple je kan.Apa kata kita cuba.Yang empunya blog ni pun..eh???aku???haah,hang la, sapa lagi.Jangan dok letak jek dalam ni, try sekali buat bila balik rumah.Ni balik2 meggi, burger..paling tinggi hang buat pun tom yam.Tapi, tom yam bujang pun, tgk mak abah senyum bila makan n cakap sedap(nak jaga hati kot+mak xmakan banyak sebab aku buat pedas...die ada gastrik),aku pun terbawak2 senyum tu kemana aku pergi hari tu.ekekeke.sedap xsedap,wallahualam.bagi yang masaknya,sedap aje.buat emak, nanti adik try belaja resepi yang xpedas eh,buat masa ni,semuanya pedas2.Tapi mak paling suka bila adik masak meggi ayam kan3!pedas pun, mak nak try jugak kalu adik yang masak.seronok tengok mak suka makan kita masak...huhu~

0 comments: