BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

WAHAI BUMI aku BERPIJAK

Salam...rasanya lama dah tak update blog ni."Wahai Bumi"...kenapa eep?Sebenarnya semalam lepas maghrib salah seorang embah@saudara aku telah pergi meninggalkan alam dunia...dan dikebumikan pagi ni..Al-Fatihah untuk beliau...aku tak join tanam jenazah sebab masa tu dah ramai orang kampung ngan anak2 dia yang kebumikan...aku cuma tengok dan join tahlil dekat tanah perkuburan tu.


Lalu aku pegang tanah...aku berfikir...adakah bumi dimana aku berpijak ni akan terima aku sebaiknya...?adakah bumi yang menjadi saksi aku melangkah tiap hari dalam tiap perkara ni akan terima aku sebaiknya...?bumi dan segala ciptaan-Nya selalu berzikir dan memuji Pencipta Agung...aku???hm...aku dijadikan dari tanah, pada tanah jugak jasad aku kembali...kita jangan takut mati, jangan mintak mati, tetapi rindulah pada kematian kerana ia pintu untuk bertemu ALLAH yang Maha Agung.aku ingat ayat tu...aku takut mati bukan kerana aku takut mati eksiden atau dibunuh atau macam2 la...cuma aku takut...saat aku mati, adakah amalan aku mencukupi...semoga mati kita dalam keadaan Islam dan dalam keadaan beriman...amin~

Seorang ulama bernama Sahl bin Abdillah At-Tasatturi ada berkata;

”seseorang kamu tidak akan mengharapkan kepada kematian, melainkan tiga golongan, iaitu (1) orang yang tidak mengetahui apa yang akan berlaku selepas dari kematian, (2) orang yang lari dari qadar Allah, (3) orang yang terlalu rindu untuk berjumpa dengan Allah SWT[1]

Saat aku nak balik, keluar dari pagar tanah perkuburan tu, aku toleh balik...banyak nisan yang menunjukkan banyak jenazah yang mana 1 hari nanti aku akan jadi tetamu kawasan tu...esok?lusa?Wallahualam...aku tengok pulak mereka2 yang ada dekat kawasan tu, yang masih bernafas...ada yang tua, muda, kanak2...adakah kita sering mendoakan insan yang telah pergi??mereka pergi tanpa bantuan dan terlepas akan segala hubungan pada dunia kecuali 3perkara...1) Sedekah jariah. 2) Doa anak yang soleh 3) Ilmu bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain.

Ibni Omar yang berkata, bahawa beliau suatu hari bersama rasulullah SAW. Lalu datang seorang lelaki ansar kepada baginda SAW. Dia memberi salam kemudian bertanya;

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Maksudnya;
”Ya Rasulullah SAW, Siapakah orang mukmin yang paling afdhal? Nabi SAW menjawab : orang yang paling baik akhlaknya. Bertanya lagi; siapakah dikalangan mukmin yang paling cerdik? Nabi SAW menjawab : mereka yang paling banyak mengingati mati, dan melakukan sebaik-baik persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas daripada mati. Merekalah orang yang paling cerdik[4]

0 comments: