BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 24, 2009

STEVE IRWIN dan aku

Stephen Robert Irwin atau lebih glamournya dikenali sebagai 'Steve Irwin:The crocodile hunter'(22 februari 1962-4 september 2006) dan mati akibat tertusuk ekor pari.Kalau baca sejarah dia, dia ni seorang yang agak aktif zaman muda2 dia.Dia aktif dalam sukan footbal amerika dulu2, minat cricket dan jugak ragbi.So tengok badan dia la kan.Lagi satu, Steve Irwin ni belajar martial yang berstail gelut2 ni la iaitu Gaidojutsu.So, jangan la terkejut macam mana dia ni boleh bergelut dengan buaya.Siapa yang xkenal dan xtahu siapa dia laki mat salleh ni??Dia sangat2 famous.Aku ni boleh dikatakan fan dia gak la...kenapa???sebab cinta dia kat haiwan!semua haiwan dia nk pegang, semua haiwan dia sayang.ganas xganas, busuk xbusuk, bersih xbersih,besar xbesar, semua dia layan.Dia bukan Islam, tapi dia sayang haiwan.Bila aku tengok kat tempat aku ada yang sepak2 kucing, aku rasa bengang jek.kalau xsuke, halau macam tu da la, xpayah nak sepak2.kadang2 tengok orang yang sepak tu rasa macam dia pulak nak aku sepak.geram betul aku!
Dalam Islam kita disuruh sayang haiwan.banyak pahalanya...macam kisah seorang pelacur yang bagi anjing haus minum dan dia dihadiahkan syurga, dan juga sebaliknya yang mana kisah seorang perempuan dimasukkan dalam neraka sebab kurung kucing sampai kucing tu mati kelaparan.Tengok!cuba kita renung dan fikir...balasan yang kita buat pada haiwan ni besar taw...kalau kita buat baik, besar la balasan baik tu...kalau kita wat jahat, balasan buruk yang besar gak akan kita dapat.Pengalaman bengang aku dengan haiwan ni masa aku pergi bukit malawati pada satu hari tu.Masa tu aku beli cekodok pisang yang dicucuk dengan lidi,ada 3ketul secucuk dengan harga 40sen di sebuah kedai dikenali sebagai McD oleh orang setempat atau nama penuhnya,McDolah.huhu.Aku beli 5 cucuk.Baru lepas bayar, 4,5 langkah lepas tu, tiba2 pelastik bungkus sekodok aku ditarik.Punya terkejut aku.Hantu???bukan.jawapannya kera.dia bukan monyet,monyet yang hitam atas tu, ni kera@lotong yang perang2 tu.dia tarik semua xnak lepas.berebut aku ngan lotong to macam lawan tarik tali.Last2 aku bagi can dia menang(uhuk2).Dah dia dapat, boleh dia buat muka kerek macam muka nak mintak pelempang!paling aku tensen bila dia cabut seketul cekodok tu, pastu baling kat aku.perghhh!!tapi masa tu orang ramai, aku terpaksa sorok aura aku.mungkin ada hikmah.rupa2nya, anak dara cumil yang jaga kedai tu nampak lalu membelanja aku dengan kuih lain.hm2..mungkin itu hikmahnya.hahaa~Pengalaman sedih paling banyak.Bila haiwan2 yang aku bela mati sakit atau mati atas sesuatu perkara yang aku boleh nampak hayat terakhir dia...komfom air mata aku jatuh...ada yang sakit teruk xboleh gerak,air mata,air liur,hingus dia meleleh,taik dia keluar,aku xrasa jijik untuk pegang dan belai...aku menangis dan harap dia cepat pergi agar kurang penderitaan dia...ada kucing pendatang yang manja, tiba2 xlama lepas tu kena serang anjing liar 5,6 ekor,tercampak2 dia.aku ngan nenek halau anjing2 tu.tengok kucing tu sakit2, aku ngan nenek bawa kereta sorong.aku angkat dengan skoop dan masukkan dalam kereta sorong bawak balik.nak pegang da kena air liur anjing...nazak sangat da.aku renung dia,aku selimutkan dia dalam nafas yang tercungap2...aku menangis tengok dia dari petang tu sampai malam.esok pagi bangun,tengok,dia da mati.semua aku nak tanam, aku akan nangis masa korek kubur untuk diorang...aku xkan pernah lupa...banyak lagi kenangan aku dengan haiwan yang pernah aku bela...Ya Allah...aku ingin menemui mereka saat 1 hari aku berada dalam syurga-Mu...sayang dan cintaku pada mereka, hanya KAU yang lebih mengetahui...

em...aku tak tau nak cerita apa da..SAYANGI HAIWAN...tu je...

0 comments: