BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 17, 2009

cairnya hati LELAKI...

cerita yang aku nak postkan lepas ni aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana..bila pertama kali aku baca, cerita ni menjadikan hati lelaki aku kaku, air mata jantan aku yang susah nak keluar pun buat aku terpaksa tahan keluar sebab ada roommate aku dalam bilik ni jugak..hatta aku baca novel jiwang thriller tulisan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk 'Satu Janji' pun belum tentu dapat buat aku rasa macam ni...

Jadi sahabat2 ku..ambillah masa korang sikit, kita sama2 baca..renungkan..fikirkan..seperti apa yang aku dapat dari orang yang istimewa bagi aku yang dia tulis dalam profile dia..
>>"setitis air mata yang gugur kerana keinsafan,seribukali lebih baik dari sejuta mutiara dilautan..sesaat bersedih kerana keredhan Allah aalah lebih baik daripada seharian bersedih kerana cinta manusia..sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..sesuci hati kerana cinta ilahi itulah hakikat cinta yang abadi.."

Kalau kita bisa menangis kerana rindukan seseorang yang kita sayang..kenapa kita tak bisa menitiskan air mata untuk kesedaran kita terhadap INSAN yang sentiasa risaukan umatnya..yang sentiasa mendoakan keselamatan umatnya..yang mana satu hari nanti, kita sendiri akan memohon syafaat darinya...bersamalah kita selawat ke atas baginda Nabi Muhammad(S.A.W)...

0 comments: