BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 20, 2009

Letihnya hari ni....=(

Letihnya hari ni..mungkin aku tak cukup rehat...sehari pulak tu aku belum makan...lapar..huhu..kerja penting tinggal lagi 1..lepas tu minggu depan masuk study week,ingat nak jalan dekat INDIA STREET la..aku nak carik 'sesuatu'..hoho~

Belakangan ni,hati aku rasa tenaaaang jek.walaupun kerja banyak,exam dah nak dekat,tapi seminggu ni aku rasa fikiran aku tenang berbanding sebelumnya..Alhamdulillah..walaupun aku teringat atau fikirkan tentang si dia,fikiran aku tenang sangat..tapi tu tak bermakna aku melupakan dia..aku merelakan dia pergi..tak..hati aku tersangat2 rindu dekat dia..sebab dia orang yang aku sayang sangat2.cuma fikiran aku tenang membuatkan aku berfikir lebih rasional,x ikut perasaan..membuatkan aku serahkan segala ketentuan aku dengan si dia pada Dia yang pertemukan kami..jadi,apa yang akan aku lakukan ialah terus setia dengan perasaan sayang pada si dia,terus menyayangi si dia macam mana dulu,sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keselamatan dia..aku xnak tengok dia bersedih...biar apa jadi,biar berapa lama,selagi aku mampu untuk terus jaga perasaan aku kat dia,selagi aku mampu untuk terus setia dengan dia,aku akan buat yang terbaik...

Allah Maha Adil,Dia Maha penyayang...andai ini ujian untuk aku,aku terima dan aku akan hadapinya dengan cara aku..aku lupakan dia????haha..jangan nak mengarut..aku bukan jenis macam tu...dia istimewa sangat2..aku nak terus sayang dia berapa lama aku mampu..aku nak jaga dia dari jauh..biar apa pun jadi,berapa lama pun...aku akan terus buat sebaik aku mampu...biar orang nak cakap aku terhegeh2 ke apa,aku tak kisah..tapi apa aku tau..perasaan aku pada si dia yang Allah kekalkan dalam hati aku ni tersangat2 ISTIMEWA..aku nak terus jaga perasaan ni...aku akan terus jaga..semai perasaan ni dalam hati aku semampunya..aku nak jadi orang yang terus setia untuk dia..terus sayang dia biar apa pun jadi,biar berapa lama pun..boleh ke????belum cuba belum tahu,kan?Aku tak ada dia dekat sisi aku,tapi aku ada dia dalam hati aku..dia kata dulu,"saat aku tidur,aku bisa pejamkan mataku..saat aku sedih,aku jugak bisa pejamkan mataku.."then dia sambung,"tapi jangan pernah tutup hati aku ni,sebab di dalamnya pasti ada dia..."yup!pasti ada awak..sentiasa ada awak..Aku akan pelihara hati aku sebaiknya dengan mengingati-Nya..supaya si dia bisa duduk dalam hati aku dengan selesa..dan semoga apa yang aku usahakan mendapat keampunan-Nya..ni usaha aku...

0 comments: